Setelah sekian lama merehatkan jari -jemari, memalaskan diri untuk mencoret isi-isi diri (bukan malas pun, tapi takde komputer sendiri) susah nak menaip, kini saya berpeluang berkongsi bersama pembaca perjalanan harian seusai peperiksaan akhir di Al-Azhar.
Alhamdulillah, selesai sudah perkhemahan musim panas ISMA. Kali ini membawa kami bermusafir ke Marsa Matruh. Sebuah perjalanan yang panjang mengambil masa kira-kira 5-6 jam.
Program yang bermula dari Jumaat, 3 Julai 09 telah berakhir pada hari Selasa, 7 Julai 09.
Berkumpul di hadapan pejabat Isma Mesir (Gaya Juara)
Mula berkumpul di hadapan Pejabat Isma pada jam 10 malam, hari Jumaat, bersamaan 3 Julai 09. Suasana agak meriah dengan kehadiran ramai peserta. Kali ini bergerak dalam kumpulan yang dibahagikan kepada 10 :
[ Riang, Gembira, Harmoni, Mesra, Budiman, Ceria, Ramah, Santun, Sopan dan Senyum ]
Saya diamanahkan sebegai ketua kumpulan Budiman. Mengetuai bala tentera seramai 9 orang :
= Ahmad fauzee Abdul Rahman – Syariah Islamiyah Tanta Thn 4
= Hasan Basri Ismail – Matrikulasi Azhar Thn 1
= Abdul Hakim Hamidon – Matrikulasi Azhar Thn 1
= Muhamad Zharif A.Razak – Syariah Islamiyah Tanta Thn 2
= Mahathir – Shoubra Thn 1
=Azri Iskandar – Medic Thn 2
=Hafizuddin – Medic Azhar Thn 1
= Fazlur Ridzwan Adzmain – Medic Azhar Thn 1
= Umar Mukhtar – Syariah Dumiyat Thn 2
Pembahagian ahli yang datang dari pelbagai kursus telah memberikan impak besar kepada kumpulan saya. Mantap gitu…Apapun yang penting ialah Hadaf (tujuan) program kali ini iaitu, Ukhwah & Qudwah :
- Memupuk Ukhwah fillah di kalangan peserta yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia di Mesir.
- Mewujudkan medium perkongsian pengalaman di kalangan peserta.
- Menghayati makna Islam dalam kehidupan seharian.
Bagi menaikkan seri program ini, kami kumpulan Budiman telah mengenakan pakaian rasmi kumpulan yang berwarna Hijau Muda. Em handsome2 nampaknya…biasalah Abg bujang!!
Namun begitu, bukanlah semua yang dirancang akan sentiasa mudah. Para peserta diuji dengan karenah2 janji arab..biasalah kata pukul 10, sampai bas pukul 1. Semua peserta nampak letih kerana menunggu bas yang dijanjikan sehingga 4 jam lamanya. Tapi ia tidak mematahkan semangat kami semua, semakin diuji dan dicabari dengan halangan semakin kuat hati2 kami dan jiwa kami dengan kesabaran. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik…
Matruh terletak 290 km ke arah Barat Iskandariah,jaraknya dari Kaherah adalah sejauh 524 km.ianya terdampar di tebing Mediterranean dan dikenali dengan persisiran pantai sepanjang 7 km,di mana para pengunjung mengklasifikasikannya antara pantai tercantik di dunia.
Pantainya terkenal dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang tenang serta jernih,juga bangunan batu-bata sebagai pemecah ombak semulajadi yang menjadikannya lebih mempesonakan.
Tepat jam 7.45 pagi tiba di pintu gerbang Matruh. Maknanya telah memasuki kawasan tanah Matruh. Dan memerlukan masa 45 minit berikutnya untuk sampai ke bandar Matruh. Jam 8.30 pagi kami sampai ke Bandar Matruh, sebagai simboliknya bandar ini terdapat patung kijang sebagai tanda Matruh. Hati kami masing2 teruja melihat sendiri kecantikan pantai Matruh yang putih dan bersih. Tidak hairanlah jika ia diletakkan sebagai antara pantai tercantik didunia.
Destinasi diteruskan ke Pantai Agiba. Tepat jam 9.00 pagi kami menjejaki tanah Matruh di Pantai Agiba. Kecantikan pantai dan lautnya membuat kami sedikit kaku dan lidah mula mengucapkan Subhanallah!! Kami semua diberikan sarapan pagi dan makan dalam kumpulan. Setelah itu semua peserta turun ke pantai untuk memulakan aktiviti hari pertama dengan permainan pantai. Berbagai acara dijalankan untuk sesi pertama…..kemudian kami berarah tujuan ke penempatan untuk berehat dan makan tengah hari.
Antara destinasi yang menjadi pilihan di Matruh ialah :
- Pantai Agiba
- Hamam Cleopatra
- Pantai Al-Abyad
- Suq Libya
Bagi meringkaskan ceritanya (maaflah teramat panjang klu nak tulis…tgk gambar lah ye..) sepanjang program hari pertama hingga hari keempat. Kami melaui hari2 yang amat gembira dan ceria. Penuh dengan warna-warni persaudaraan, baik yang belum pernah kenal dan kenalan lama. Berbagai acara pantai dan indoor disediakan. Masing2 dengan aksi dan telatah masing2 yang mencuit hati. Saling menghiburkan dan menceriakan keadaan. Hilang seketika kepenatan semasa peperiksaan dan debaran keputusan peperiksaan.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Bola Jaring Air, Bola Sepak Pantai, Kuiz Indoor, BBQ, Iron Chef dan banyak lagi….
Semuanya menjadikan kenanganmanis buat kami…Sebagai ketua kumpulan, tanggungjawab yang diamanahkan tak saya abaikan. Menjadi kemestian bagi setiap ketua memastikan ahli kumpulan saling tak tumpah seperti adik beradik serta memberikan input kerohanian dengan menyampaikan selingan2 kalam yang basah buat hati supaya tidak terus leka dan lupa.
Dengan konsep moto Warnai Hidupmu Dalam Ikatan Persaudaraan, PMPI ISMA kali ini bergerak santai dan menumpukan input Ukhwah dengan sifat2 asas tarbiyah. Menjadikan program kali ini menarik bagi mereka yang pertama kali bersama.
Hari malam terakhir saya bersama 3 orang sahabat tidak lupa mengunjungi Suq Libya yang menjadi tumpuan pelancong. Terkenal dengan pasar yang murah jugaklah..boleh tawar2…macam petaling street. Kami memborong serba sedikit kurma badam dan coklat untuk dimakan.
Tepat jam 12 tgh hari, Selasa, 7 Julai 2009…kami berangkat pulang ke Kaherah. Maka tamatlah sudah program Perkhemahan Musim Panas Isma 2009 di Marsa Matruh.
Berikut foto2 Pantai dan Lautan Marsa Matruh 2009 :
Pantai AgibaHamam Cleopatra (tempat mandi)
Patung Cleopatra
Pantai Al-Abyad @ Ubaid
Di Pantai Al-Abyad @ Ubaid
Disampingi foto2 aktiviti2 PMPI ISMA 09 di D’Marsa Matruh :
tahun depan pmpi kat mane la pulak..?
ana nak jadi ahli kumpulan ust poji…bleh dok?
jazakallah..
Tahun depan tak tahu kat mane..tapi tak dapat la jadi ahli kumpulan ana..sebab ana nok balik dah..hehe. Take Pmpi Malaysia pulok la kite,,,memang panas selalu..hehe.