Sekadar sebuah luahan dan sebuah kemaafan,…
Waktu yang berlalu benar2 tak terasa sama seperti mendayunya angin hari ini. Sedar dan tidak jasad ini telah mula dimamah usia semakin hari semakin meningkat meninggalkan saat2 suka duka semalam dan kelmarin. Hari ini mungkin tidak sama seperti semalam, namun apapun yang berlaku ia telah menjadi satu sejarah dan catitan dalam diari hidup muslim masing2.
Seketika saya berteleku di sejadah tunduk memikirkan dan muhasabah kelmarin, semalam dan hari ini…semuanya adakala serba tidak kena dan adakala membuat jiwa meruntun atas segala penyesalan bermula semalam dan waktu2 lepas. Hamba yang selalu leka dikejutkan dengan teguran dan pekikan seketika bangkit dari lupa dan lalai namun tidak lama dan bertahan panjang semua roh semangat yang disentap seperti bangkitnya phoenix rundum semula umpama daun yang gugur menjadi humus. Begitu hinanya jiwa ini…hati2 sekeliling dahulu yang terluka kerana lisan ini masih belum terubat dan itulah hutang yang masih belum selesai dengan dua mata yang bertentang meluahkan segala pinta kemaafan…memang terasa hina…
Seketika untuk Kelmarin,
Hilaian ketawa dan gurauan masih lagi kedengaran bersama rakan dan teman di rumah. Saat yang berlalu, masa yang terbuang sia-sia tanpa manfaat terasa ruginya. Saya cuba mengembalikan sesuatu yang tidak mungkin dapat dikembalikan, bukan untuk berangan tapi sekadar muhasabah merenung segala kekesalan. Sebagai manusia kadang kita punya waktu2 mendahulukan keinginan yang bukan keperluan, namun setelah itu datang pula kesedaran menegur dan memperlahankan rentak tuntutan yang tak diperlukan.
Teringat saat kelmarin itu sewaktu menyaksikan pertarungan bola di kaca tv, segala berlalu pantas…saat di awal dan dipermulaan jiwa yang kecil ini selalu beringat akan kedudukannya agar tidak mudah melatah dan bersekadar dalam menonoton. Namun apabila sampai ke kemuncaknya, melonjak riang dengan teriakan dan jeritan yang menghilangkan segala gambaran tarbiah seharian. Allah….betapa mudahnya hati ini lupa, dan terpesona dengan tipuan dunia.
Ya Allah berdosanya diri ini, lupa asal-usul dan tempat kembali. Tidak pernah sedar dan selalu berlengah seperti esok masik ada mentari yang tak pasti dijanji.
Bersyukur masih ada teman dan sahabat yang sentiasa mengingatkan dengan kalam yang basah membuat diri berasa malu dan tidak layak bersama mereka.
Apa yang berlaku waktu kelmarin adalah satu lipatan sejarah bagi semua. Begitu juga saya tidak terkecuali, namun ia sudah tidak dapat untuk dikembalikan semula bagi memperbetulkan kesilapan demi kesilapan.
Terfikir dan terkenang semula sewaktu sebelum melelapkan mata, dimana hilang taring asahan yang pada ketikanya tajam. Serba tak kena hati ini dan yang pastinya malam sudah menjelang subuh…
Seketika untuk Semalam,
Bertanya semula pada jiwa yang keji ini…Apa yang diri perolehi sepanjang 24 jam yang diberi Tuhan? Saat dan waktu yang dianugerahkan untuk diisi… Bertanya lagi pada hati…Apakah hasil dan manfaat yang diri dapati sepanjang hari berjalan dipermusafiran bumi? Adakah hanya dunia yang dicari? Dan dimana ruang waktu untuk bermunajat pada Rabbi?…Terkedu duduk terdiam kaku tanpa jawapan yang pasti.
Hati, jiwa dan diri yang tak pernah henti dari perlakuan keji, sia-sia dan rugi tanpa sesuatu yang berharga untuk dinikmati. Dosa yang tidak pernah lekang dari tindak tanduk membuat mata kelabu dan kelam dari pandangan asal. Saat mana mulut,mata,telinga dan segala anggota berhenti dari murkaNya? Detik mana akal ini dapat merajai nafsu yang bergelojak dengan kehendak dan bisikan Iblis? Sedetik yang terbuang ada nilai yang harus kita fikirkan…
Jiwa kudus ini takut dengan segala kemungkinan, apatah lagi Azab yang bakal ditanggung. Namun masih tidak sedar dan terus terjun ke dasar khayalan membuatkan hati lalai dan leka terus terbuai dengan keasyikan dunia. Disana berbagai godaan dan hiburan, disitu berlapis2 warna-warni kehidupan menampakkan kegembiraan dan keseronokan. Muda-mudi ini yang tenggelam dalam arus ganas yang dijelmakan seperti indah dengan keriangan semenggah diri yang tidak punya malu pada Tuhan. Hilang rasa takut membuat jiwa terasa besar dan bebas dari sukatan Alam…
Seketika untuk Hari Ini,
Akan datang sehari lagi bermula satu fenomena baru dalam alam pertempuran. Pertarungan yang bakal menentukan posisi diri ini untuk masa depan. Sebaiknya bertanya pada hati…Apa persediaan untuk berhadapan masalah yang melanda jutaan umat. Sedetik dan sesaat masa bergerak menjadi seminit, kemudiannya menjadi sejam dan akhirnya menjadi sehari. Kaki masih belum melangkah untuk berhadapan situasi realiti. Ahhh…jiwa mengeluh mencari sebuah indentiti yang terkadang telah dan sudah pasti namun tergelincir sehingga merasakan hilangnya sebuah panduan.
Hari ini adalah satu langkah baru mencari transformasi mengubah segala persepsi dan mencorak erotiknya kehidupan kini. Dengan semangat baru yang jitu, bergantung hati2 pada yang satu, bertalikan ukhwah sejati…maju terus tanpa beroleh memandang kebelakang.
Apa yang telah berlaku kelmarin dan semalam adalah simpulan yang dibungkus untuk dibawa kepengadilan kelak. Namun jiwa ini tidak boleh terus begitu dan kekal seperti itu. Ia harus bangkit mengubah kegusaran dan gelap hitam yang menghinakan dengan warna putih dari sinar diufuk timur.
Kini matahari sedang naik meninggi, tanda untuk mengakhiri luahan hati dan sebuah permintaan yang seharapnya dapat dipenuhi.
Ada satu hajat yang masih tertangguh ingin diri ini katakan :
“Buat semua sahabat, teman2, saudara2 sekeluarga, ikhwah2 di jalan dakwah..Saya memohon jasa baik anda semua maafkanlah segala kesilapan saya andai pernah menyakiti hati anda. Sehinanya saya merendah diri dari segala kekesalan yang pernah saya lakukan. Mohon janganlah disimpan apa yang telah berlaku walaupun ianya hitam dan pahit. Saya manusia yang tidak pernah lekang dari kesalahan. Doakan saya mudah diperjalanan ini dan dijauhkan dari sengketa permusuhan. Semoga dengan kalam kemafaan ini akan menjadikan hati kita lembut semulia2 manusia dikalangan kita, amin…”
Diri ini masih berharap semoga dihadapan itu akan ada cahaya indah yang menyerikan… Wallahu’alam.
mabruk! tulisan best,
moga mudh imtihn akhir.
Kosong-kosong!
Semoga terus suksess ya akhi~
🙂
salam perjuangan..
xpe,ji…ana sentiasa maafkan enta..ayat enta pun ape kurangnye…basah jugak hati2 ikhwah di tanta ni..hehe..
sama2 la kite beramal..
Syukran Ya Akhi!!.. Semoga Allah merafa’kan setinggi nikmat dan rahmatNya buat enta..Amin…
Najah Ust Fuad kita tu…Jayyid Jiddan tu..
mabruk ya akh!!
Syukran…lama tak jumpa enta..ap kabar ye..semoga terus sihat dan mantap..doakan ana.
smga berjaya …rahmatnyeelah
Terima Kasih Ust Hanis…Semoga sama2 berjaya dalam amal dakwah yang cukup mencabar ni..Rahmatnyeelah…
salam akhi fauzee…
sila ambil award blog di
http://ladyheart90.blogspot.com/2009/06/awards-please-ambil-bagi-nama-yang.html