Feeds:
Kiriman
Komentar

warning

‘Anzar’…Berilah peringatan buat keluarga dan mereka yang terdekat.

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepadaNYA diatas kurniaan2 yang tidak terhingga. Segala nikmat dan pemberian yang tidak terhingga ini tidak lain tidak bukan adalah tanda sayang dan cintanya Allah terhadap hambanya. Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang syirik dan munafiq.

Selawat dan salam tidak lupa dipanjatkan buat Nabi junjungan kita Muhammad Habibillahi SAW kerana telah berjuang dari kesengsaraan umat hinggalah kelapangan dan cerahnya langit yang kita lalui sekarang. Semoga mata rantai perjuanganmu akan terus bergerak lancar diatas bahu2 kami. Amin…

Kepada sahabat2 dan mereka yang bersamaku…sedikit perkongsian yang tidak seberapa untuk kali ini :

Hidup untuk kebenaran dan “Islah” (perbaiki diri),

caranya : Atas Jalan Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya Aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan AKHLAQ”

Benarlah…seperti yang lepas saya katakan, apa yang ada pada Nabi SAW itu adalah Akhlaq. Kerana Akhlaqnya yang baik dan teramat sempurna, Baginda disanjung dan dihormati. Itulah sebaik2 contoh dan teladan yang Nabi SAW tinggalkan untuk kita. Jadi, apa lagi yang kita ragukan?

Pepatah Arab : “Berkatalah benar walaupun ianya pahit”

Secara zahirnya mungkin mudah menyatakan untuk berkata dan berlaku benar, tetapi hakikatnya tidak semudah itu. Buktinya ada pada masa sekarang. Baik ia berlaku kepada pemimpin ataupun rakyat dan juga induvidu2 dalam muamalat harian.

Juga bukan mudah untuk mengislah (perbaiki) diri kita dan kekal didalam pengislahan itu. Buktinya, jika ianya mudah pasti kita tidak terkandas berulang kali.

Ikhwah yang dikasihi…

Teruskan pembacaan »

Nabi SAW Di Gua Hira’

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas segala puncak nikmat yang diberikan pada hambanya. Setinggi2 nikmat yang tak dapat terhitung, nikmat IMAN & ISLAM. Di lusuri setinggi2 selawat buat Habibullah Al-Mustafa Nabi Muhammad SAW yang telah berjuang bersama para sahabat menyebar dan menegakkan panji Islam. Membawa kita dari alam kegelapan hinggalah alam yang kita rasakan sekarang.

Alhamdulillah juga kerana sebelum ini saya telah diberi keizinan merakamkan kisah keremajaan Nabi SAW, dan kini masih diberi kekuatan untuk menyambung siri ini walaupun agak kelewatan.

gua_hiraGambar dekat pintu Gua Hira’

Yang lepas kita telah membincangkan keremajaan Nabi SAW hinggalah kepada saat beliau dewasa bekerja bersama Siti Khadijah. Terbentuknya nilai awal tarbiyah yang menjadikan dan menyerlahkan jiwa beliau sebagai seorang pemimpin. Kali ini kita akan menyelusuri pula babak ketika mana permulaan wahyu beliau di Gua Hira’ insyaAllah..

Satu persoalan :

Kenapa tidak diturunkan wahyu kepada Nabi SAW ketika umurnya 30 tahun? Dan sekiranya Allah mengkehendaki, boleh je diberikan wahyu dan diangkat Nabi SAW menjadi Rasul pada usia yang lebih muda. Jadi kenapa?

Teruskan pembacaan »

Bismillahirrahmanirrahim…

Setelah sekian lama merehatkan jari -jemari, memalaskan diri untuk mencoret isi-isi diri (bukan malas pun, tapi takde komputer sendiri) susah nak menaip, kini saya berpeluang berkongsi bersama pembaca perjalanan harian seusai peperiksaan akhir di Al-Azhar.

Alhamdulillah, selesai sudah perkhemahan musim panas ISMA. Kali ini membawa kami bermusafir ke Marsa Matruh. Sebuah perjalanan yang panjang mengambil masa kira-kira 5-6 jam.

Program yang bermula dari Jumaat, 3 Julai 09 telah berakhir pada hari Selasa, 7 Julai 09.

IMG_0772Berkumpul di hadapan pejabat Isma Mesir (Gaya Juara)

Mula berkumpul di hadapan Pejabat Isma pada jam 10 malam, hari Jumaat, bersamaan 3 Julai 09. Suasana agak meriah dengan kehadiran ramai peserta. Kali ini bergerak dalam kumpulan yang dibahagikan kepada 10 :

[ Riang, Gembira, Harmoni, Mesra, Budiman, Ceria, Ramah, Santun, Sopan dan Senyum ]

Teruskan pembacaan »

Sekadar sebuah luahan dan sebuah kemaafan,…

Waktu yang berlalu benar2 tak terasa sama seperti mendayunya angin hari ini. Sedar dan tidak jasad ini telah mula dimamah usia semakin hari semakin meningkat meninggalkan saat2 suka duka semalam dan kelmarin. Hari ini mungkin tidak sama seperti semalam, namun apapun yang berlaku ia telah menjadi satu sejarah dan catitan dalam diari hidup muslim masing2.

Seketika saya berteleku di sejadah tunduk memikirkan dan muhasabah kelmarin, semalam dan hari ini…semuanya adakala serba tidak kena dan adakala membuat jiwa meruntun atas segala penyesalan bermula semalam dan waktu2 lepas. Hamba yang selalu leka dikejutkan dengan teguran dan pekikan seketika bangkit dari lupa dan lalai namun tidak lama dan bertahan panjang semua roh semangat yang disentap seperti bangkitnya phoenix rundum semula umpama daun yang gugur menjadi humus. Begitu hinanya jiwa ini…hati2 sekeliling dahulu yang terluka kerana lisan ini masih belum terubat dan itulah hutang yang masih belum selesai dengan dua mata yang bertentang meluahkan segala pinta kemaafan…memang terasa hina…


Teruskan pembacaan »

Kisah ini dicetak dari Akh Fahmi : www.kisahpenjara.blogspot.com

Wanita Yang Diseksa

Semoga pembaca dapat menyelami jalan yang penuh liku ini. Baca dan renungkanlah diri kita…

Saya (Akh Fahmi) tertarik untuk berkongsi kisah seorang Mujahidah terkenal, Zainab Al-Ghazali yang telah pulang ke rahmatullah bulan Ogos 2005 yang lalu. Jadikan kisah ini sebagai pedoman, iktibar serta muhasabah.

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al- Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: “Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah” Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali

Teruskan pembacaan »

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan segala ciptaan dilangit dan di bumi dengan penuh hikmahnya. Juga segala nikmat kehidupan yang dilimpahi buat hamba2nya. Syukur dipanjatkan padaNya. Semoga nikmat dan segala keindahan ini akan membuatkan hati-hati yang terpaut tidak mudah lupa dan leka dengan keduniaan yang boleh menjerumuskan dan membinasakan. Selawat dan salam tidak lupa juga diucapkan buat Baginda Nabi Muhammad SAW yang berjuang bersama para sahabat menaikkan syiar Islam dan meyebarkan risalah membawa kita dari alam kegelapan (Jahiliyyah) hinggalah ke alam yang kita rasakan sekarang.

Minggu ini satu perkongsian yang saya dapat dari seorang sahabat melalui seorang ikhwah lama Ustaz Abdul Halim Abdullah. Seusai bermain bola bersama ikhwah pagi sabtu lepas, seperti biasa kami dihidangkan sedikit “halawa telinga” dari Ustaz Tarmizi.

Sedar tak sedar kita sebenarnya individu yang dilahirkan hebat dan mantap. Cuma kehebatan dan kemantapan itu sahaja yang belum cukup matang di asah dan dibentuk.

Perumpamaan yang disandarkan dalam pergerakkan kehidupan kita kali ini ialah : “Ma’ani dalam Permainan Bola Sepak”. Apa yang saya sandarkan ini boleh juga di samakan pada permainan yang lain. Cuma ini hanya sekadar penelitian dalam sesuatu permainan.

Ikhwah yang dirahmati Allah, setengah dari kita mungkin tahu dan mungkin tidak tahu yang sebenarnya dalam bermain bola itu adalah satu training bagi kita para Da’ie. Satu kumpulan atau Jama’ah bersamaan satu pasukan bola sepak amat memerlukan kepada satu kerjasama dan kesungguhan dalam menjayakan satu2 misi.

Friman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”

Individu Skill

Siapa tidak kenal dengan kelincahan dan kawalan mantap Lionell Messi? Siapa tidak yang tidak tahu ketajaman serangan dan rembatan Fernando Torres? Siapa tidak terpegun kawalan perancangan bola Xavi Hernandez, Iniesta dan Gerrard di tengah padang? Semua mereka ini mempunyai individu skill yang amat tinggi sehingga mampu membuat pemain lain serta penonton terpegun dalam setiap aksi.

lionel_messiKelibat dan kelincahan Messi sering dicemburui pihak lawan

Namun persoalannya ialah : Adakah hanya dengan seorang pemain sahaja yang mempunyai individu skill ini dia mampu untuk membawa bola dari tiang gol pasukannya hingga ke tiang gol pasukan lawan? Mampukah dia untuk menggelicik semua pemain diatas padang tanpa memerlukan bantuan rakan sepasukan? Bolehkah dengan hanya dia seorang akan menjamin kejayaan pasukan dalam perlawanan? Jawabnya…tidak!!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Kaitan antara seorang beriman dengan yang lainnya adalah sama seperti Teruskan pembacaan »

[ Keremajaan Nabi Saw ]

Assalamualaikum ikhwah yang dikasihi,…

Baru2 ini saya telah mengikuti halaqah ilmu yang dianjurkan setiap minggu oleh akh Syamil. Menyelusuri dan menjejaki perjalanan sirah Nabi SAW dengan bersandarkan kepada sebuah buku yang bertajuk ‘Ala Khuta’ Al-Habib. Kali ini berkisar dengan kisah keremajaan Nabi SAW secara ringkasnya amat menarik perhatian saya. Sebuah perkongsian yang simple tetapi amat menyentuh hati-hati sahabat2 yang hadir.

Apa itu remaja?

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

Setiap dari kita mempunyai zaman remaja, dan semestinya zaman keremajaan kita semua berlainan. Ada yang penuh dengan warna-warni kebahagiaan dan ada yang penuh dengan kedukaan. Itulah kehidupan, semua keadaan itu tidak lain tidak bukan adalah dari pembentukan dari sebuah keluarga. Benar seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah
putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Ikhwah yang dirahmati Allah,

Berbeza dengan keremajaan Nabi SAW yang bermula dengan penuh suasana tarbiyah. Pembentukan yang pastinya berlainan dengan cara hidup remaja kita sekarang.

Secara ringkasnya, tatkala Nabi SAW berumur 15 tahun, beliau yang ketika itu tinggal bersama pakciknya Abi Talib pernah menyuarakan keinginan untuk membantu pakciknya, kerana apa ikhwah? … Teruskan pembacaan »

Hati Menjadi Mati :

Syaqiq Al-Balkhy berkata : Ibrahim bin Adham R.A ketika sedang berjalan di Pasar Basrah dia dikerumuni orang ramai dan bertanya kepadanya.

“Hai Abu Ishaq, Allah telah berfirman : “Mintalah kamu sekalian kepadaku nescaya akan Aku kabulkan”. Tetapi kami sejak setahun berdoa masih lagi belum dikabulkan”.

Kata Ibrahim : “Hai Ahli Basrah, hati kamu sekalian telah mati dan tertutup oleh sepuluh perkara. Bagaimana doa kamu boleh dimakbulkan?

  1. Kamu sekalian telah mengetahui tentang ALLAH tetapi kamu belum menunaikan HakNya.
  2. Kamu sekalian membaca Al-Quran tetapi kamu tidak pernah mengamalkan apa yang ada didalamnya.
  3. Kamu mengakui SYAITAN itu sebagai musuh tetapi kamu masih mentaati dan menyetujui ajakannya.
  4. Kamu mengatakan kamu termasuk umat MUHAMMAD SAW tetapi kamu tidak mengerjakan SUNNAHnya.
  5. Kamu mengatakan kamu ingin masuk SYURGA tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa untuk kesana.
  6. Kamu tidak ingin masuk ke NERAKA tetapi dengan amalan kamu, kamu melemparkan diri kedalamnya.
  7. Kamu mengatakan MATI itu benar, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapinya.
  8. Kamu sibuk meneliti AIB teman-temanmu tetapi kamu tidak melihat AIB dirimu sendiri.
  9. Kamu sekalian telah makan dan merasakan NIKMAT tuhan tetapi kamu tidak mahu berSYUKUR.
  10. Kamu telah mengebumikan JENAZAH diperkuburan tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sebagai Renungan :

Saidina Uthman Bin Affam R.A berkata: “Hamba Allah SWT seharusnya khuatir pada beberapa perkara iaitu :

  1. Rasa takut ketika ditimpa musibah kerana dikhuatiri IMANnya menjadi luntur.
  2. Rasa takut dikala ingin berbuat sesuatu yang dilarang Allah, MAKSIAT kerana ada malaikat yang sentiasa mencatat perbuatannya.
  3. Rasa takut terpedaya dengan hasutan SYAITAN kerana ia boleh menjerumuskan seseorang hingga ke jurang api neraka.
  4. Rasa takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat Izrail kerana belum sempat bertaubat.
  5. Rasa takut akan tertipu oleh kemewahan dan kenikmatan di dunia.
  6. Rasa takut terganggu atau terhalang oleh KEKAYAANnya jika hal itu dapat melemahkan IBADAH seseorang kepada Allah SWT.

Sebab-sebab Kerasnya Hati :

  1. Hati terpaut pada DUNIA serta melupakan AKHIRAT.
  2. Diri menjadi LALAI.
  3. Memilih sahabat dan kelompok yang buruk AKHLAKNYA.
  4. Terbiasa dengan kemaksiatan dan kemungkaran.

Beberapa persoalan untuk menyerdarkan Hati :

  1. Sudahkah anda membaca Al-Quran hari ini?
  2. Sudahkan anda solat 5 waktu pada waktunya?
  3. Sudahkah anda membaca maksurat dan doanya?
  4. Adakah anda menyuruh pada yang Makruf?
  5. Sudahkah anda mencegah yang Mungkar?
  6. Adakah anda bangun solat malam (Qiamullail)?
  7. Adakah anda solat rawatib?
  8. Sudahkah anda bersedekah?
  9. Adakah anda faham, sedar dan yakin dengan Islam?
  10. Adakah anda membaca sesuatu berkenaan dengan Islam?
  11. Adakah anda merasa anda sentiasa dalam perhatian Allah?
  12. Adakah anda sudah betul-betul berazam untuk beristiqamah secara syumul dengan Islam?
  13. Adakah anda telah berdoa?
  14. Sudahkah anda menziarahi jiran, sahabat dan keluarga?
  15. Sudahkah anda menghafal beberapa surah Al-Quran?
  16. Sudahkan anda bersenam untuk hak tubuh anda?
  17. Sudahkan anda berusaha menyebarkan fikrah Islam?
  18. Adakah anda telah mengingatkan diri untuk berjihad?
  19. Adakah anda merasa Izzah ( Bangga ) menjadi seorang Islam dan pendakwah?

Ikhwah yang di kasihi…yang pastinya semua bentuk persoalan ini hanya akan mampu dijawab dengan AMALAN. Wallahualam…

“HASIBUU ANFUSAKUM QABLA AN TUHASIBUU”

“Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab”

Assalamualaikum,

Baru2 ni pada 3 April 2009 bertempat di Dewan Arma Kaherah telah berlangsungnya majlis pernikahan Ust Qamarul dan pasangannya Ustazah Khairah. Alfun mabruk diucapkan kepada Ust Qamarul kerana telah meningkat dan maju satu tahap lagi menjadi suami kepada seorang isteri. Tahniah juga kerana telah berjaya melengkapkan lagi separuh daripada iman dalam kehidupan.

Saya tak sempat nak lihat majlis akad beliau kerana sibuk menguruskan dewan untuk majlis kahwin, tetapi melalui kata sahabat2 beliau melafazkan akad hanya dengan satu lafaz dalam bahasa arab.Mantap!!

Begitu juga buat Ustaz Siroj dan pasangannya Dr Nik Nabihah yang sebelum ini juga telah melangsungkan majlis akad nikah di Surau Arma tempat yang sama dengan Qamarul.

Buat Ust Siroj tahniah teramat sgt la sebab enta dah pecah rekod Uniti..hehehe, enta la satu2nya student Uniti yang kahwin kat sini. InsyaAllah kot doa2kanlah lepas ni ada lagi yang meyusul.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriahnya. Kedua pasangan mempelai di arak ke dewan makan dengan paluan kompang serta barisan putera2 handsome. Majlis juga diserikan dengan nyanyian nasyid dari Kumpulan Nasyid Isma serta Kumpulan Theoram Phitagoras dari Tanta. Kumpulan saya la tu.hehe…

Dengan kehadiran melebihi 700 orang, suasana agak gamat dan sibuk dengan kedatangan para tetamu VIP dari JPMK, wakil kerajaan Rumah Negeri serta mertua Ust Qamarul iaitu Ustaz Halim sekeluarga bersama rombongan Umrah.

Akhir sekali, saya doakan buat kedua2 pasangan Ust Qamarul dan Ust Siroj semoga berbahagia hingga akhir hayat, dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki dan nikmat Iman dan Islam sebaik2nya. Amin…

Sekitar gambar perkahwinan…

dsc_54651

dsc_52751

dsc_5297

dsc_5584

dsc_5631

dsc_5635

dsc_5796

dsc_56821

dsc_58771

dsc_5824

dsc_5747

Warisan

Kita memangku adat warisan bangsa,
Asal dari purba kala,
Menjadi budaya sebati dijiwa.

Bagai dipetik ulam dicita,
Budaya kita disanjung menyala,
Ketuanan melayu dipasak hebatnya,
Hingga nyawa taruhan dihujung kepala.

Aku tidak malu malah bangga,
Adat dan budaya bangsa,
Menghormati yang tua,
Mengasihi yang muda,
Menjaga kata, cantik bahasa,
Santun akhlak peribadi waja,
Teguh hati akal wibawa
Jati diri bagai perwira,
Tiada sengketa duka lara,
Semangat harmoni masyarakat jaya,
Bersalut dakwah tarbiyah perkasa,
Dari panji Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Aku tidak resah apalagi gelisah,
Warisan bangsa di martabat,
Budaya dan adat diperkemas,diperhebat,
Kemahuan yang menjadikan…kehendak yang mendesak,
Akal sentiasa berputar dan berlegar-legar,
Memperkaya dan memperkasa,
Kita memilih mahukan yang sempurna.

Tapi andai jika…sampai ia,
Mencabut hak Agama,
Memesong akal dicerna,
Mengganti syariat dengan jajahan budaya,
Menolak kalam yang Esa,
Menghapus sunnah Rasul-Nya,
Maka pada warisan apa dan budaya mana?
Harus kita bangga…
Untuk memacu aspirasi ummah seantero dunia.

Kiranya hanya ketuanan melayu diperkata,
Meninggi diri mendabik dada,
Adat dan budaya dilaung semata,
Hakikat si pemakai kosong amal dan jiwa,
Warisan yang tinggal hanya kulat perosak durjana.

Tinggal terabai…hilang tanpa pembelaan,
Hilang budaya terhapus bangsa,
Agama disanjung tergadai..dicaci,dimaki,dihina,
Semua hanyut dibawa gelora.

Lapar pada kekayaan,
Derita menanggung pada kebenaran…
Gelap pada sinar mentari,
Hilang sesat dibawa arus duniawi…

Nyawa dan darah masih bertaut pada Rohnya,
Datang dari Sang Maha Pencipta,
Mengalir di tubuh bernama manusia.

Jangan kita lupa,
Warisan adat budaya bangsa,
Hanya diterima selagi ia berkelana,
Tidak menyimpang ajaran Yang Maha Esa.

Aku pasti…
Yakin tidak kita membantah..tidak kita berdebat,
Budaya dan adat diperhebat,
Warisan bangsa di jaga rapat,
Asal masih kita berjabat dan berdiri rapat,
Atas bentangan sejadah menghadap kiblat,
Dengan tali ukhwah tersimpul rapat,
Demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Cendawan Kulat.
10 march 2009.

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah Rabb Al-’Alamin yang telah mengurniakan kita hidayah serta inayahnya. Limpahan rahmat dan nikmat yang tidak terhingga untuk kita panjatkan dan merafa’kan kesyukuran tanda keimanan dan ketaqwaan. Tidak lupa juga selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang telah membawa kita dari alam kegelapan hinggalah alam yng kita rasakan sekarang.

Terima kasih pada ikhwah yang sudi melayari web kecil saya ini. Agak masih baru dalam blog dan penulisan. Namun saya amat berharap ini akan menjadi satu jalan dan lorong perkongsian bersama.

Teruskan pembacaan »